Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 21 Ogos 2026
Dasar ni menerangkan maklumat apa yang Renomax Hub kumpul, kenapa, dan apa hak anda ke atasnya. Ia selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. Maklumat yang kami kumpul
Contractor yang mendaftar: nama perniagaan, e-mel, nombor telefon dan WhatsApp, alamat dan lokasi perniagaan (koordinat), kawasan liputan, penerangan perniagaan, logo dan gambar kerja, serta nombor dan dokumen SSM kalau anda memilih untuk menghantarnya.
Client yang menghantar inquiry: nama, nombor telefon, e-mel (jika diisi), mesej, dan lokasi anda kalau anda memilih untuk berkongsinya.
Automatik: kami menyimpan hash alamat IP bagi penghantaran borang — bukan alamat IP itu sendiri. Hash tak boleh dibalikkan menjadi IP asal. Ia digunakan semata-mata untuk mengehadkan spam.
2. Lokasi anda
Bila anda tekan “Guna lokasi saya”, penyemak imbas akan minta kebenaran anda. Koordinat tu digunakan untuk mengira jarak dan menapis contractor yang kawasan liputannya merangkumi lokasi anda.
Sebagai client yang melayari tapak, koordinat anda tidak disimpan — ia digunakan untuk carian tu sahaja. Ia hanya disimpan kalau anda menghantar inquiry, dan dalam kes tu ia dikongsi dengan contractor yang anda hubungi supaya dia tahu kerja tu di kawasan mana.
Anda boleh menolak kebenaran lokasi dan tetap mencari mengikut kawasan.
3. Kenapa kami menggunakannya
- Memaparkan listing contractor kepada client yang mencari.
- Menghantar inquiry client kepada contractor yang berkaitan.
- Mengesahkan e-mel dan mengurus akaun serta langganan.
- Mengehadkan spam dan pendaftaran palsu.
- Memahami kategori dan kawasan mana yang paling banyak dicari.
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa.
4. Apa yang orang lain nampak
Maklumat listing contractor bersifat awam — nama perniagaan, telefon, WhatsApp, kawasan, kategori, penerangan dan gambar. Itulah tujuan direktori ni. Jangan letak maklumat yang anda tak mahu orang awam lihat.
Maklumat client tidak awam. Inquiry hanya dihantar kepada contractor yang anda pilih.
Dokumen SSM tidak awam. Ia dilihat oleh admin kami untuk tujuan pengesahan sahaja.
5. Berapa lama kami simpan
- Akaun & listing: selagi akaun aktif, dan sehingga 12 bulan selepas ditutup — untuk pengaktifan semula dan rekod perakaunan.
- Lead: 24 bulan, supaya contractor ada rekod perbincangan lampau kalau timbul pertikaian.
- Rekod pembayaran: 7 tahun, seperti dikehendaki undang-undang cukai Malaysia.
- Hash IP: 90 hari.
6. Keselamatan
- Kata laluan disimpan sebagai hash scrypt, tidak pernah sebagai teks biasa. Kami sendiri tak boleh melihat kata laluan anda.
- Sesi log masuk disimpan sebagai hash — kalau pangkalan data bocor, token dalam rekod tak boleh digunakan untuk menyamar sebagai anda.
- Semua trafik melalui HTTPS.
- Dokumen SSM disimpan di luar direktori awam.
Tiada sistem yang selamat sepenuhnya. Kalau berlaku pelanggaran data yang menjejaskan anda, kami akan memberitahu anda.
7. Pihak ketiga
- Hostinger — hosting tapak dan pangkalan data (pelayan di luar negara).
- Billplz — pemprosesan pembayaran. Butiran kad dan perbankan diuruskan sepenuhnya oleh mereka; kami tidak pernah melihat atau menyimpannya.
- E-mel — untuk pengesahan akaun dan notifikasi lead.
8. Hak anda di bawah PDPA
Anda berhak untuk:
- Meminta salinan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda.
- Membetulkan maklumat yang tidak tepat.
- Meminta maklumat anda dipadam.
- Menarik balik persetujuan dan menutup akaun anda.
- Menghadkan bagaimana kami memproses maklumat anda.
Contractor boleh mengemas kini kebanyakan maklumat sendiri melalui dashboard. Untuk yang lain, hubungi kami dan kami akan balas dalam masa 21 hari.
9. Cookie
Kami hanya menggunakan cookie yang perlu: satu cookie sesi untuk mengekalkan log masuk contractor. Ia httpOnly (JavaScript tak boleh membacanya) dan tamat selepas 30 hari.
Kami tidak menggunakan cookie pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
10. Kanak-kanak
Tapak ni untuk perniagaan dan orang dewasa. Kami tidak mengumpul maklumat kanak-kanak bawah 18 tahun dengan sengaja.
11. Hubungi kami
Soalan privasi, atau nak guna hak anda di atas: privasi@dev3.sysniaga.com
Lihat juga Terma & Syarat.